Thursday, September 08, 2005

Wahabi

Petikan dari buku 40 Masalah Agama,
karangan Al-Fadhil Abuya K.H. Siradjuddin 'Abbas,
UlamaBesar Indonesia.

Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang Dibawa OlehMuhammad 'Abdul wahab.

1. Dalam mempelajari ilmu Ushuluddin (Tauhid) harusmenganut fahaman Ibnu Taimiyah.

2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab(Talfiq).

3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadith yang kuatsahaja tanpa 'Ijma Ulama dan Qias.

4. Melarang keras umat Islam mendo'a dengan Tawassul(Perantaraan).

5. Melarang berpergian menziarahi kubur, walaupunmaqam Nabi. (Adapun orang yang menunaikan Fardhu Hajiyang diizinkan ke Madinah pada Wahabi berkuasai ini,menurut Wahabi mereka datang ke Madinah menziarahiMasjid, bukan menziarahi maqam.)

6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan, kerana hal inisemuanya menjadikan orang musyrik. Gedung besar yangdibangunkan diatas tempat Nabi di Suq al Leil diruntuhi

7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabiseperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.

8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingatiMaulidin Nabi, Isra' Mikraj dan semua perayaan harikebesaran Islam yang lain.

9. Melarang mengaji "Sifat Dua-puluh", "KifayatulAwam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "HusunHamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.

10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum AHLUSSUNNAHWAL JAMA'AH dibuang jauh-jauh.

11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat","Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-mujiNabi s.a.w

12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanyadengan lagu Fuqara, Mesir dan lain-lain. Quran harusdibaca lurus saja, begitu juga Adzan tidak bolehberlagu.

13. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramaidilarang sama sekali.

14. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Sholat.

15. Amal-amal Tariqah, umpamanya Tariqah Naqsyabandi,Tariqah Qadiri, Tariqah Sazali. Tariqah Saman danlain-lain dilarang keras.

16. Wirid, berdo'a selepas Sholat berjema'ah dilarangkeras.

Dari segi Tauhid, mereka tidaklah satu dari 73 cabang yg sesat kerana cabang2 yg sesat itu telah dihuraikanoleh Ulama secara detail. Namun, mereka mirip kepadacabang2 seperti mazhab Mujassimah (dari Maqaatil ibnSulayman Al-Khuraaanee seorang Tabi'in) dan mazhab Karamiyah, mazhab Mu'tazilah.(dari 'Amr ibn Ubayd andWaasil ibn 'Ataa), sedikit kepada mazhab Khawarij.

Wallahu a'lam.

Pelaksanaan HUDUD

MUQADDIMAH

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalahsatu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawalkebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalahmanusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau , orangkafir pun menerimanya.Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satuanugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi duafaedah yg besar:

1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanamandari serangan binatang-binatang yg hendak memakannya.Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orangjahat yg mahu mengganggu keselamatan dan kebaikaninsaniah dan material yg mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama adasengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuklepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yg sudahdihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum diAkhirat.Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaanhudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahamanIslam.Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkindilakasanakan setelah segala anak benih kebaikanselesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalammasyarakat.Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelumbenih-benih tanaman ditanam. Dan lagilah tidak pernahberlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang.Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakatyg sudah baik-baik demi mengawal kebaikan drpdirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidakdimakan ajar.Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalammasyarkat yg majoriti belum baik, maka fungsinya ygsebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akanjadi 'bala' dalam masyarakat, yakni masyarakat akanhiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lainyg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampakbegitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayanglagi.Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapikalau sudah beribu-ribu lembu, pagar boleh robohdibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididikiman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akanbenar-benar memberhentikan maksiat.Cukuplah sekalitangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkanuntuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, makahasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalammasyarakat itu.
Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan sajatangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescayatidak membuatkan orang lain "bercuti" dari kejahatan.Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejekmengatakan Islam itu kejam, zalim dll.ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudianbarulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulubaru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangathendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usahamengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuranadalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilaidan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebihadil dari "hudud-hudud duniawa" yg dicipta olehmanusia.

Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkanhukumannya iaitu dipotong tangan. Manakala mengikutperaturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda.Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri keranasengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akandapat diubat penyakitnya itu hanya dgn penjara ataudenda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorongdia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya keranakehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuribenar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicurihartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitanyg setimpal. Yakni hilangkan atau 'curi' tangannya.Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri,walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebabpotong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambilatau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidakboleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itubukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hiduplagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, iabetul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahanseseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialahagar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dgnkesalahannya keatas orang lain. Jangan kita rasahukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu samatimbangannya dengan kekejaman yg dilakukan olehpesalah terhadap orang lain.

Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalamIslam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas danterperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak,dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencarihikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak bolehberubah-ubah lagi ialah:

1. Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tigawaktu berturut-turut tanpa uzur syar'i sesudahdinasihatkan.2.Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, lukadibalas luka.3.Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah.4.Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belumkahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudahkahwin.5.Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orangberzina tanpa bukti yg cukup6.Rotan 80 kali untuk peminum arak

Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkanhukumannya, cuma menyerahkan kpd bijaksana hakimuntuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dgnkesalahan, itu dinamakan hukum ta'zir. Yakni pesalahdiberi malu.Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantungkpd siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukuman ta'ziryg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar sertadiconteng mukanya.Atau dipamerkan, didenda, dikerahkerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalulalang umum ddl. Tujuannya supaya dia benar-benarrasa malu dan terhina sehingga dia serik untukmengulang kesalahan yg dilakukannya.Perlu diingatbahawa hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan ygdibuat. Jadi tak timbul istilah kejam dsbnya.Pesalahsendiri akan mengaku nanti:"Beginilah hebatnyakekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhiratlebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia."Sebenarnya 'hudud dunia' ini lebih kejam. Ada orangditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksudmenyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidikorang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjukajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham ygsikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru diadapat berfikir tentang perasaan dan keperluan oranglain.Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukandan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan inihanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakanbenar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dantidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan danmenginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkanlebih atau kurangnya sesuatu hukuman?Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kitasayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukumanbenar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susahkita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiadasangkut-paut dgn kita. Kalau begitu, janganlahterlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!.Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satuandaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah daribetulnya. Sebenarnya bangsa asing yg cerdik danrasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukumandrp orang Islam yg sudah rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukumbunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat didunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapatditerima, masakan hukum potong tangan dan rejamditolak?. Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai olehmasyarakat lebih besar darinya dari tangan ygdipotong itu. Bahkan saya yakin orang asing itu punsuka kalau pencuri dari bangsanya yg sudah tidak bolehdiubat lagi, dipotong saja tangannya supaya hartamereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakatterjamin.Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepatmengikut cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam,telah memberi kesan yg sungguh baik.Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah ygmenyerah diri, kesalahan yg sama tidak berlaku lagidalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan dankestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasaioleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dansempurnanya peraturan hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidakmelalui tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ianampak terlalu berat dan mustahil. Makan nasi punkalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnyaakan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap!Demikianlah dgn hukum hudud.Ia jadi rahmat kalaudilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi pelik kalaudiletak bukan pada masa dan tempatnya.

Sheikh Ashaari Muhammad
@ Fata of Tamim

Sunday, September 04, 2005

Trend mengurangkan Rasa Berdosa

TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA
Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun diperantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.

Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim?


Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop 'Arabising' Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.

Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya.

Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.

Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid.

Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yangdibunuh 'orang kahwin' malam itu.


RAKYAT KETAGIH HIBURAN
Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir.

Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.

Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!


Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang taklaku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.

APAKAH SEMUA INI?
Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki?

Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!

Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.

Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.

Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa.

Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut.
Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.

Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: Membuat sesuatu yang tujuannya adalah untuk sekadar mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih dibiarkan bergelumang dengan dosa, adalah DOSA YANG PALING BERDOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.

@ ABU SAIF
Cheras, Kuala Lumpur
17 Ogos 2005

Monday, August 15, 2005

Ingat2..Dajjal dah dekat!!

786
PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN
IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.
DAJJAL TERLALU HAMPIR
NABI ISA AKAN TURUN

Assalamualaikum wbt
Saudaraku kaum muslimin.
Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan “ Betul ke? ”.Sinis dan tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu berkata “ Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?” Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya “ Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya berjaya dan kamu akan celaka”

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya “ Jika semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?”
Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna ilaihiraaji’un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaimana yang dijangka.
Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan panglima Pasukan Pengawal Nasional.

Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula berlaku Ma’ma’ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.
Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.

Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.
Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.
Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “ masuk jawi” dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah laman web zionis – “ Temple institute”. Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.
Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat dekat. Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi. Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah dengan amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya. Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.
Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya memberi peringatan.
Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal.
Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang.

Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi

HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN


Ogos 2005 - Rejab 1426 - Kematian Raja Fahd

Oktober 2005 - Ramadhan 1426 -
1) Gerhana diawal bulan.
2) Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*
3) Gerhana ditengah bulan (siang)
4) Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.
November 2005 - Syawal 1426 - Peperangan dan huru hara
Disember 2005 - Zulkaedah 1426 - Konflik antara Negara Islam atau suku kaum.
Januari 2006 - Zulhijjah 1426 - Pertumapahan darah di Mina pada musim Haji
Februari 2006 - Muharam 1427 - Imam Mahdi Di bai’at
(Hari Asyura)
*jika ini berlaku, simpanlah makanan untuk setahun.

Sunday, August 14, 2005

Kembalikan hak berkhutbah kepada masjid

Kembalikan hak berkhutbah kepada masjid
Saturday, August 13 @ 16:10:25 MYT
Oleh HANG JEBAT
Selangor

Semasa saya kecil dan remaja, saya rasa seronok dan berkobar-kobar setiap kali hendak pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Ia kerana saya sentiasa tertanya-tanya apakah isu, ilmu dan pengajaran yang bakal dipersembahkan oleh khatib nanti.

Dan kalau kita hendak tonton pula siaran ulangan khutbah di televisyen, kita hendak dengar pula apa dia khutbah yang disampaikan dari Masjid Negara, dengan itu kita boleh dapat lagi ilmu dan pengajaran yang lain pula.

Tetapi kini semua sudah berubah. Malah menonton siaran ulangan khutbah dari Masjid Negara tiada maknanya lagi. Kerana semua khutbah-khutbah di masjid-masjid semuanya sama!
Yang lebih mengecewakan kadang-kadang khutbah-khutbah itu tidak ikut langsung perkembangan semasa, sebagai contoh masalah jerubu yang kita hadapi sekarang. Ia melalut kepada isu yang entah apa-apa, yang kadang-kadang membosankan para pendengar!
Kini jiwa saya tidak boleh tahan lagi. Nampaknya tujuan khutbah itu telah menyimpang, kerana setiap masalah-masalah setempat adalah tidak sama.

Contohnya ada tempat mempunyai masalah dadah yang teruk, ada masalah seks bebas, ada yang masalah jerubu, ada masalah murtad dan lain-lain masalah.

Jadi sepatutnya khutbah Jumaat ini berfungsi untuk mendidik masyarakat setempat supaya lebih baik dan menuju ke jalan yang lurus, seterusnya membentuk ummah yang sihat dan kuat.
Seolah-olah khutbah Jumaat sekarang jadi alat politik pemerintah pula. Hanya menyediakan khutbah yang kerajaan mahu rakyat dengar, tetapi bukan apa yang hendak didengar oleh rakyat dan apa yang lebih perlu untuk diisi ke dalam jiwa rakyat.

Kalau kerajaan sekarang telus, mengapa perlu takut? Kalau apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan benar-benar sempurna, mengapa gejala sosial sekarang berleluasa? Ajaran sesat menjadi-jadi? Dan beribu-ribu anak muda kita tidak dapat membaca Quran dengan betul?
Takut benar pihak tertentu ini kalau-kalau ada tuan khatib mengkritik kerajaan, sehingga sanggup buat peraturan yang tidak pernah dibuat sendiri oleh Nabi s.a.w.

Pernahkah Nabi s.a.w. menyarankan agar semua masjid ikut teks yang sama pada masa baginda? Pernahkah para-para sahabat berbuat demikian walaupun pada waktu itu berlaku juga pergolakan politik yang hebat. Atau adakah negara-negara lain yang buat begini?
Sejak saya kecil, tidak pernah pun saya dengar khutbah yang kononnya ada unsur politik atau pembangkang. Kalau ada pun, rintihan tuan khatib terhadap masalah sosial yang berlaku. Saya rasa itu pun ada telinga yang rasa panas mendengarnya, dan terus menuduh khatib berpolitik di mimbar masjid.

Apakah masalah sosial ini hanya isu pembangkang? Kerajaan apakah yang langsung tidak boleh terima rintihan, apa lagi kritikan?

Janganlah kita mudah lupa teladan kisah Temasek dilanggar todak. Seorang budak yang telah menyelamatkan negaranya dibunuh oleh pemerintah yang zalim.
Apakah gunanya kita mempunyai para imam yang berilmu tingg hanya sekadar untuk membaca teks yang disediakan? Kalau begini, kanak-kanak sekolah agama pun boleh jadi khatib!

Peraturan ini hanya membantutkan perkembangan ilmu dan kreativiti para imam untuk memberi sumbangan pada masyarakat.

Maklumlah waktu mana lagi umat Islam berkumpul beramai-ramai pada satu masa selain solat Jumaat? Tentulah khutbah itu sangat kritikal supaya ia berkesan untuk bekalan jiwa semua orang Islam yang datang untuk bersolat.

Sebagai hamba yang lemah, saya berdoa agar Allah memberi pengajaran dan pembalasan pada pihak yang mengada-adakan peraturan yang menyeleweng. Peraturan yang menghalang para makmum mendengar khtubah yang sepatutnya diisi ke dalam jiwa kami. Peraturan yang menghalang khatib dari niat mereka yang ingin mendidik dan membentuk masyarakat.

Saya berdoa sebagai orang yang teraniaya sehingga khutbah Jumaat diserahkan semula kepada masjid, sehingga saya dapat mendengar semula khutbah-khutbah seperti masa-masa dulu. - um

Saturday, August 13, 2005

kisah hitam

sayang.. apa ku katakan.. apa kurasa kan.. belom pernah ku alami.. demi mu segala ku kurnia kan.. susah ku senangkan.. apa saja dipenuhi dihati.. dan masih lagi kau bertanya.. sejuah mana kan cinta.. penjelasanku sebenar-benarnya.. sampai tubuh tak bermaya.. sampai ku ke pangkuannya.. biar jasad tak dilihat di zahir.. cintaku kan tetap hadir..

(dee_yana09. 8.10pm. 13aug05)
**Antara contoh lirik lagu yang membawa kepada hayalan dan syirik kafi. samada disedari atau tidak, lirik2 lagu sebeginilah antara yg dimaksudkan oleh Prof Yusuf Al-Qaradawi sebagai terkeluar dari syarat2 keharusan hiburan. **Lirik lagu sebegini secara halus terselit unsur2 pemujaan dan penyerahan mutlak kepada selain yang berhak. **Lirik lagu sebegini juga secara hipokrit cuba mempamirkan keharmonian cinta dan kasih sayang yang melampau seperti hikayat Mentibang laut yang kononnya rela hidup di planet Pluto demi membuktikan cintanya terhadap Jar Jar Bink.

Friday, August 12, 2005

Teka-teki Imam Al-Ghazali

[Teka Teki Imam Al-Ghazali]

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka-Teki :
Imam Al-Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum Kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab
itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185).
Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini ?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Imam Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini ?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al-A'raf : 179). Maka kita harus hati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa
kita ke neraka. (Na'udzu billaahi min zaalikh).
Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia ini ?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang pali berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah : Al-Ahzab : 72). Tumbuh2an, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah Swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini, tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah Swt sehingga banyak manusia
masuk ke neraka karena gagal memegang amanah".
Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 "Kapas"
Murid 2 "Angin"
Murid 3 "Debu"
Murid 4 "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah
MENINGGALKAN SHOLAT. Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat".
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?"
Murid2 dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Jenis2 sihir dan pagarnya.

Berikut adalah di antara amalan-amalan yang dilakukan
Oleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkan
diri
mereka kepada syaitan-syaitan jin :

1. Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapak
kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.
2. Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis,
kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.
3. Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.
4. Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.
5. Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan
6. Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.
7. Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.
8. Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh tertentu.
9. Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh
10. Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak

Jenis jenis sihir yang biasa kita lihat dan kesannya

1. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih.
Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutus awak- awaknya (untuk dibawanya berja/an-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang menghadapi krisis kritikal. Apahila seseorang lain yang datang dengan berkata: 'Aku telah melakukan begini dan begitu...' (mendamaikan
kedua pasangan suami isteri tersebut,), maka si iblis akan berkata:
'Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa'. Kernudian apabi/a ada seseorang
lain yang berkata:'Aku tidak akan /epaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan islerinya', maka si iblis tadi akan cepat-cepat rnenghampirinya lalu berkata: 'Ya! Engkaulah orang yang bijak' ".

Hadis riwayat Muslim.

Sihir Pemisah adalah satu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan di antara dua orang atau lebih samaada antara suami isteri, rakan taulan, rakan kongsi dan sebagainya..
Kesan sihir

1. Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara
serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian.
2. Timbul perasaan syak wasangka di antara kedua belah pihak secara tiba tiba
3. Tiada perasaan timbang rasa.
4. Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.
5. Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri.

Contoh :
suami mendapati rupa paras isterinya sangat hodoh walaupun isterinya seorang yang cantik jelita. Begitu juga sebaliknya. Syaitan telah menukarkan wajah yang cantik kepada wajah yang buruk melalui sihir.Isteri pula pada pandangan matanya melihat wajah suaminya sangat menakutkan atau buruk.

6. Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktiviti
harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa
senang hati dan gembira jika berada di luar rumah..

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnu Kathir rahimahullah pernah berpendapat:
1. Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan suami isteri ialah untuk memukau mereka agar pandangan mata masing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yang dilihat sangat hodoh atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindak memecahbelahkan mereka."

2. Sihir pengasih atau sihir kasih
Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya: "Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir
ilmu pengasih adalah syirik".
Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih
al Albaaniy hadis nombor 331.

Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:
"At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara- perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas
terhadap sesuatu yang dihajatkan.
Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT."

Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak.

Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi
mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik". Riwayat Muslim.

Kesan sihir
1. Bertambahnya rasa kecintaan dan kasih sayang secara mendadak.
2. Keinginan yang memuncak untuk melakukan persetubuhan.
3. Selalu sahaja pelahap, tidak sabar-sabar dan tidak tahan untuk menikmati persetubuhan.
4. Mengikut sahaja apa-apa sahaja pandangan dan
permintaan pasangannya.
5. Suami mentaati perintah si isteri dengan membuta tuli.


3. Sihir Pukauan
Adalah dari jenis sihir yang mampu mengubah pandangan mata seseorang.
Contoh :
1. Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.
2. Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.
3. Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar,contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.

Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan-

4. Sihir Gila
Kharijah bin as Sulti telah meriwayatkan sebuah hadis
dan katanya:
Aku telah pergi menemui Rasulullah S.A.W., untuk
memeluk agama Islam.Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku
telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata:
"Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa sahahat kamu ini telah datang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?"
Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al Faatihah.
Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing.
Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku.
Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:
"Adakah kau (telah menambah dengan apa-apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?"
"Tidak!" Jawabku.
Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda:
Ertinya: "Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)".

Kesan sihir

1. Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri
2. Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit
3. Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.
4. Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.
5. Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.
6. Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting.
7. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang- kadang tidur ditempat yang terasing.
5. Sihir menyendiri atau keseorangan

Kesan sihir
1. Suka menyendiri (tidak suka di ganggu)
2. Tidak suka melibatkan diri di dalam pergaulan.
3. Bersifat pendiam dan tidak suka berbual.
4. Benci melibatkan diri dalam hal hal kemasyarakatan.
5. Fikiran selalu tidak menentu dan tidak tentu arah.
6. Sentiasa mengalami pening-pening kepala.
7. Selalu mengasingkan diri sendiri.

Tukang sihir akan mengutus seekor jin kepada orang yang disihirnya. Jin itu masuk ke dalam tubuh mangsa dan menggangu di bahagian tak mangsa.Kelakuan mangsa akan mula berubah menjadi seorang yang suka mengasingkan diri.

6. Sihir Histeria
Kesan sihir
1. Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.
2. Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suara yang selalu memanggil-manggil namanya.
3. Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suara yang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidak kelihatan.
4. Mengalami perasaan was-was.
5. Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan dan orang orang yang dikasihi.
6. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amat tinggi dan rasa gayat.
7. Selalu bermimpi binatang-binatang buas datang menerkam dirinya.
8. Pesakit akan ketakutan,meracau racau dan menjerit jerit.

Tukang sihir akan menyuruh jin supaya menggangu mangsa ketika di dalam tidur dan ketika jaga.Jin akan mengacau mimpi mangsa dengan menjelmakan diri sebagai haiwan -haiwan ganas datang menerkam. Dalam keadaan jaga pula, jin akan menyeru atau memanggil manggil mangsa
dengan menggunakan suara-suara orang yang dikenali manga atau tidak
dikenali.
Kemudian suara tersebut beransur-ansur berubah dan hanya kedengaran sayup-sayup sahaja.

7. Sihir Penderitaan sakit
kesan sihir
1. Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.
2. Kerapkali diserang penyakit sawan.
3. Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.
4. Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.
5. Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti.

Tanda tanda penyakit ini hampir sama dengan penyakit-penyakit anggota badan yang lain. Untuk membezakan di antara keduanya, selepas dibacakan jampi ke atas mangsa atau ketika ayat-ayat jampi diperdengarkan, sekiranya tubuh mangsa mula bertukar menjadi
kebas-kebas, seram sejuk,pening-pening kepala, jejari terketar-ketar atau tubuhnya berubah menjadi pucat lesi, maka sahlah si mangsa terkena sihir. Jika tidak ada gejala-gejala sedemikian sakit-sakit badan yang dialami ialah sakit biasa yang memerlukan rawatan pakar-pakar perubatan lain atau doktor.

8. Sihir Pendarahan (Istihaadah)
Kesan sihir;
Sihir berlaku kepada gulongan wanita sahaja. Tukang
sihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak di
sihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaik sahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas di segenap penjuru jasad melalui saluran -saluran (urat-urat) darah.

Apabila sampai ke saluran darah di bahagian penting wanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluar darah dengan sekuat -kuatnya. Darah terus mengalir keluar melalui saluran-saluran darah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.

Rasulullah S.A.W. pernah di tanya oleh seorang wamta yang bemama Hamnah binti Jahsy berhubung darah Istihadah, lalu baginda S.A.W. pun menjawab:
"Sesungguhnya darah itu adalah hasil tolakan dari tolakan-tolakan yang dilakukan oleh syaitan"
Riwayat al Tarmiziy, menurutnya hadis ini hasan sahih.Menurut al Bukhan hadis ini martabatnya hasan.

Dalam satu riwayat yang lain pula ada menyebut, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Darah itu sebenarnya (darah) urat bukannya darah haid"
Riwayat Imam Abmad, an Nasaaie dengan sanad yang baik.

Ulamak-ulamak feqah menamakan darah tersebut sebagai darah istihaadah. Para doktor menamakannya sebagai pendarahan.

Dalam an Nihaayah (m/s:469),Ibnu Al Athir telah berkata:

"Darah istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana kebiasaannya."
Kadang-kadang penyakit pendarahan ini berlaku selama lebih kurang sebulan. Kadar darah yang keluar tidak menentu, adakalanya sedikit dan adakalanya pula banyak.

9. Sihir gagal perkahwinan
Kesan sihir
Seseorang yang mempunyai sifat dengki akan pergi meminta khidmat tukang-tukang sihir supaya menggagalkan atau mengganggu perkahwinan gadis tertentu, yang bakal berlangsung
perkahwinannya. Sebelum memulakan sihir, tukang sihir akan meminta orang yang mendengki tersebut nama mangsa dan nama ibunya serta apa-apa kesan bau dari tubuh badan mangsa.Jin disuruh pergi kepada mangsa untuk melakukan pengkhianatan.

Jin menunggu satu masa yang sesuai untuk membolos masuk ke dalam jasad mangsa.
Keadaan masa yang dimaksudkan adalah

a)Ketika mangsa di dalam ketakutan.
b)Ketika mangsa kemarahan.
c)Ketika mangsa lupa.
d)Ketika nafsu syahwat si mangsa memuncak tinggi.

Terdapat dua keadaan yang akan dilakukan oleh jin:
1. Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin dan segala pinangan yang datang ditolak.
2. Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jin melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya
berwajah hodoh dan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedang
dilihat.Perkara ini juga turut dilakukan kepada pihak perempuan (mangsa).

9. Sihir mati pucuk
Kesan sihir
Syaitan-syaitan jin masuk ke dalam jasad seseorang lelaki dan segera menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Di situ ia akan bertindak sebagai pengacau di salah satu bahagian utama yang terdapat di dalam otak tersebut yang dikenali sebagai Pusat Ransangan Seks.
Dipusat itulah segala isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota
kelamin seseorang lelaki iaitu zakar.
Apabila suami cuba menggadakan hubungan seks dengan isterinya dengan serta merta syaitan jin akan mematikan suis ransangan Seks yang berpusat di otak itu . Apabila suis dimatikan, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan segera terpadam dan
terputus hubungannya dengan zakar. Darah yang sedang berkumpul di dalam zakar segera kembali semula ke pusat masing-masing.
Akhirnya, batang zakar yang pada asalnya menegang keras serta merta terkulai layu, lembik dan mengecut kembali.

10. Sihir mandul
Kesan sihir
Mandul yang dihidapi oleh wanita dan lelaki terbahagi kepada dua :
1. Mandul Anggota Kelamin, Mandul jenis ini perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya ada keupayaan.
2. Mandul Kerana Sihir, Berlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasad seseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. Rawatan terhadap mandul jenis ini adalah dengan Al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dari Rasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitan jin kepada Kaum wanita. Ia akan mengganggu sistem peranakan dan proses persenyawaan di dalam bahagian Rahim seseorang wanita. Apabila proses persenyawaan telah berjaya, maka kehamilan akan berlaku pada wanita.
Namun begitu selepas beberapa bulan mengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnya menolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan meleleh keluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalam riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawa syaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adam itu melalui saluran saluran darah.

Cara memagar diri dari sihir @ ilmu hitam.
Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Bacaan ayat ayat hendaklah dengan tertib dan betul tajwidnya.Harap perbetulkan juga sebarang kesilapan teknik
penulisan ayat (tanda dan lain lain) yang mungkin berlaku ketika muka laman ini
direkabentuk.

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". Riwayat al Bukhari.

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk.
Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
Muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil luang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W.
telah bersabda : Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan -kawasan hulu yang lidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan.
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas.
Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Keenam (6)
Perlindungan ketika hendak mengerjakan solat.
Jubair ibnu Mut'im r.a. pernah mendengar Rasulullah S.A.W. menyebut zikir sebanyak 3 kali.

Pagar Ketujuh (7)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah. Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin
sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil
berdoa : Ertinya :"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.

Pagar Kelapan (8)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu"
Riwayat al Bukhari.
Nota :
Amalan kelapan lapan pagar sihir di atas adalah bersumber maklumat dari kitab karangan Sheikh Wahid Abdul Salam Baliy.

Monday, August 08, 2005

Kisah angin ahmar dan Penawarnya.

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman a.s. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah SWT di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman a.s merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah gerangannya lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya?

Lembaga itu menjawab, ia bernama ”Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya di antara lain-lain penyakit. Allah SWT mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di dalam tubuh manusia seperti darah mengalir ke dalam urat saraf. Tatkala Allah SWT hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ia mampu pergi kepadanya . Jika ia masuk ke dalam otak maka hilanglah akalnya. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

Mendengar pengkhabaran itu lalu Nabi Sulaiman a.s memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya. Kemudian lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah SAW.

Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulullah Saidina Hassan telah mengidapi penyakit rongga dan mengeluarkan darah. Apabila Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut lalu Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena penyakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya kepada malaikat Jibrail, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah SAW. Jibrail mengatakan bahawa Allah SWT mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah SAW pun membacanya kepada cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.

Rasulullah SAW telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya
mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri daripada serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

Thursday, August 04, 2005

Pembukaan peti simpanan PetiSuam.

Assalamualaikum..

Semoga blog baru aku ni kekal untuk aku simpan article2 yang aku rasa menarik dan banyak memberi manafaat dalam mengasah otak aku untuk berfikir dan menilai pergolakan dan hayunan langkah kakiku di tengah khalayak atau di belakang khalayak.

Sebelum ni banyak sangat dah aku dapat article dan maklumat dari pelbagai sumber. Tapi masa berlalu. Ingatan kita terhadap sesuatu boleh kabur dan boleh hilang kalau ditinggalkan macamtu je.

So, aku rasa sekarang belum terlambat untuk aku mula simpan article2 dan maklumat2 yang aku baca dan aku tulis sendiri dari pengalaman dan perbincangan dengan siapa saja.

Aku namakan blog ni PetiSuam sebab rasanya banyak artikel yang disimpan dan akan disimpan kat sini adalah berkaitan dengan issu2 semasa dan perbincangan2 yang hangat tapi kehangatannya tak tahan lama sebab kita mudah lupa. Maka tinggal lah semua tu kat belakang dengan kehangatan yang luntur. Suam.

Semoga segala kebaikan dan keburukan yang ternilai dari pembacaan dari maklumat2 yang aku terima serta perbincangan dan perbualan yang aku ikuti memberi manafaat dalam hidupku.

Semoga manafaat yang bakal dikecapi bukan untuk aku saja, bahkan menjadi kegembiraan bagi aku sekiranya boleh dikongsi bersama.

wassalam.

7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Akan Adanya Tuhan

7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Akan Adanya Tuhan.

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960.
Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan. Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar. Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu.

Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud.

Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu. Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka.

Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri. Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas.

Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan. Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali? Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati.

Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang. Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang. Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia.

Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini. Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran. Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

PAS mengancam demokrasi.

PAS mengancam demokrasi.

Fathi Aris Omar

Apr 11, 05 12:03pm

Ketua Pemuda PAS menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang ke atas 50 badan bukan kerajaan (NGO) dan lebih 200 individu yang mengirim memorandum agar persoalan ‘moral’ (maksudnya di sini, dari perspektif mereka) dipisahkan daripada pentadbiran negara. “Jika kerajaan boleh menggunakan (akta) ISA ke atas ahli politik, Al-Arqam, Kumpulan Militan Malaysia (KMM) atas alasan keselamatan negara, maka kerajaan juga boleh menggunakan tindakan undang-undang ke atas kumpulan 50 NGO ini," Salahuddin Ayub dilaporkan berkata (Harakahdaily.net, 7 April).

Beliau juga dilaporkan mendesak dengan tegas agar kerajaan menyiasat dan mendakwa badan-badan bukan kerajaan itu di mahkamah berikutan “tindakan liar mereka yang jelas telah mengancam keselamatan negara”. Bagi Salahuddin, 50 NGO dan lebih 200 individu itu menyebarkan “pemikiran yang berbahaya kepada akidah dan keselamatan negara”! Berita ini tidak menyatakan dengan tegas sama ada Salahuddin menggesa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), atau akta-akta lain, dikenakan ke atas badan-badan bukan kerajaan dan individu-individu itu tetapi beliau beberapa kali menyebutkan tindakan mereka itu sejenis ancaman kepada “keselamatan negara”. Jadi, saya syak gesaan Pemuda PAS itu termasuk penggunaan akta ISA.

Jika PAS boleh menilai dengan lebih tenang, memorandum itu hanyalah permintaan sekelompok ‘masyarakat sivil’ yang tiada kuasa apa-apa, jauh lebih lemah daripada parti politik seperti PAS (yang dikategorikan dalam ‘masyarakat politik’). Sementara peraturan yang mengawal moral itu masih lagi berjalan sekarang (dan tidak ada tanda-tanda untuk dibuang).

Memorandum itu tidak ubah seperti sekumpulan kertas lain yang dikirim kepada kerajaan selama ini, yang bakal dibiarkan berlalu begitu sahaja! Tetapi nampaknya Salahuddin, PAS dan pendukung Islam jenis fundamentalisme tiba-tiba melatah, tenggelam punca dan kaget melulu. Misalnya, kenyataan daripada presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin, yang sangat alarmist sifatnya.

Jaga-jaga, saya mahu muntahkan isi hati.

Jaga-jaga, saya mahu muntahkan isi hati
Wednesday, June 22 @ 10:32:15 MYT
Oleh Melintang Sesayap

Malam hari terasa gelisah tidur saya. Kalih ke kiri tak kena, alih ke kanan lagi tak kena. Ini berlaku semenjak beberapa purnama sudah. Ia rentetan tersentuh, tersinggung serta tersembamnya hati saya apabila tertangkap di telinga serta terpandang di mata saya akan kata-kata, saranan, pendapat dan kesimpulan beberapa kerat manusia yang amat menghiris naluri dan mengopakkan fikiran saya. Kalau pak menteri, wakil rakyat, ulama, ustaz boleh tidur lena baguslah. Barangkali kerana empuknya tilam ataupun empuknya wang simpanan. Saya tentu tidak sama mimpi dengan mereka mungkin kerana empuknya kerusi rotan dan lantai parkir di rumah.

Itu juga barangkali menyebabkan lena saya terganggu kerana kerusi dan lantai itulah ‘bilik tidur’ saya kerana bilik tidur sendiri dihuni oleh isteri dan anak-anak saya. Maklumlah rumah pangsapuri dua bilik. Satu bilik tidur dan satu bilik stor.
Loya dan muntah

Saya bukan ahli dalam mana-mana bidang, tetapi terasa hati saya ingin memuntahkan isi hati tepat di muka mereka. Tidak tahan lagi saya menahan loya ini. Sudah lama dan makin lama makin memualkan apabila pendapat mereka ini semakin berpanjangan.

Untuk Jeff Ooi, saya rasa masing-masing ada zon dan kawasan ekslusif, luxury dan larangan sendiri. Izinkan saya menggunakan istilah ‘kawasan larangan’ untuk agama dan amalannya. Bangsa Malaysia yang berbilang etnik masing-masing mempunyai ‘kawasan larangan’ mereka sendiri. Baik Cina, India, Sikh, Iban, Melayu dan rangkaian bangsa lain masing-masing memahami dan toleransi antara satu sama lain.

Hak kepercayaan, beragama dan menghormati telah lama dihadam oleh pelbagai kaum di Malaysia. Bisingnya tarian singa, bingitnya suasana mengangkat khavadi ataupun desingnya suara azan berkumandang setiap hari tidak pernah dipertikai dan dipersoal oleh sesiapa. Walaupun ada segelintir yang merungut namun tetap menerima dalam suasana toleransi. Suasana provokasi soalan dan terjahan pendapat tidak kedengaran di era 80-an dan 90-an. Namun telah mula bibit cinta kebiadapan di era dunia tanpa batasan dan tanpa pakaian ini. Telah banyak kokokan dan nyalakan nyaring suara sumbing menyoal amalan, kepercayaan dan hukuman agama Islam.

Sensitif

Ini adalah ‘kawasan larangan’. Sekadar mengintai, menjenguk atau bertanya khabar di ‘kawasan larangan’ atau zon ekslusif tidak mengapa, malah dialu-alukan. Akan tetapi sekiranya ‘kawasan larangan’ ini dilangkau, diterjah, ditebas, dihenyak, dironyok, ditertawakan, dilawak-jenakakan, malah ingin pula menghalang serta menutup ‘kawasan larangan’ ini, pasti ia mengundang amarah yang tak terhingga dan membuak-didihkan di kepala penghuninya. Begitu juga kalau saya lakukan yang sama pada ‘kawasan larangan’ Datuk Seri Lim Kheng Yeik ataupun zon ekslusif Jeff Ooi.

Kalau rumah mereka ini semak dan bersepah, bukan urusan saya untuk ambil peduli. Bukan tugas saya mengajar mereka bagaimana nak beli penyapu, jenama penyapu apa yang paling baik dan cara-cara meyapu yang efektif. Itu rumah mereka.

Tetapi sekiranya sepah dan sampah itu membusuk ke hidung saya dan mengganggu lena anak isteri saya, saya rasa itu hak saya sebagai jiran untuk menegur. Selagi ia tidak menganggu teruskanlah aktiviti masing-masing.

Hentikanlah

Jadi saya rasa lebih baik hentikan lelucon, sendaloka atau soalan tak berpangkal terhadap amalan agama saya. Amalan agama saya bukan suatu bahan ejekan dan bahan mainan. Letakkan diri anda di tempat saya. Kalau tujahan itu terpalit kepada amalan agama anda, apakah respons anda? Adakah laksana halilintar turun dari langit?

Kalau ingin bertanya, silakan. Kita ingin beri pemahaman kepada mereka yang tidak tahu dan naïf terhadap agama Islam. Bukan untuk memaksa mereka memeluk agama Islam. Sekadar mengetahui asas agama kita apalah salahnya.

Tetapi kalau bertanya, kemudian menjawab dan marah pula kepada yang disoal, saya rasa itu unsur-unsur kurang sopan dan amatlah aneh sikap tersebut.

Kalau sendiri bertanya dan sendiri menjawab, saya sarankan intai-intailah, datanglah serta jengahlah ke Ulu Kinta atau ke Tampoi sebab anda akan bertemu pesakit yang bertanya soalan (ingin tahu) lantas menjawab pula soalannya dengan sendiri!
Lebih terhibur lagi, pesakit ini tertawa segila-gilanya mengenangkan sesi soal jawab sendirinya.
Kalau Lim Kheng Yeik marah kepada orang yang tidak bersalam dengannya, salamlah orang lain yang pada hemat saya amatlah ramai yang ternanti-nanti, tertunggu-tungu untuk bersalam dengan Datuk Seri. Bukan setakat salam, peluk cium pun boleh diwajarkan kerana bukan sikit penyokong dan peminat Datuk Seri.

Tenang, satu demi satu.

Betulkan dahulu laras bahasa Datuk Seri sebelum cuba untuk membetulkan agama orang lain. Seperkara lagi, dalam memberi kenyataan media, bertuturlah dengan tenang dan bercakap satu demi satu. Jangan terkapai-kapai tangan dan tak tahu hujung pangkal percakapannya.
Datuk Seri amat hebat bertae-kwan-do ataupun berkung-fu di gelanggang ataupun stadium sendiri. Saya hanya memerhati dari luar sahaja. Tiada tiket dan tidak dibenarkan masuk. Kalau lebih ‘gentleman’, bukalah pintu dan izinkan saya masuk dan kita bertai-chi atau berkarate di gelanggang terbuka.

Baiklah kita berpindah pula kepada Sisters in Islam dan Astora Jabat serta juak-juak mereka, yang merupakan rakyat atau penghuni ‘kawasan larangan’ sendiri. Mereka ini juga sedarah se-Islam saya. Sebaka dengan saya dan dilahirkan di ’kawasan larangan’ ini.

Kalau mereka ini ingin tahu atau ada kemusyikilan tentang agama sendiri atau tidak puas hati tentang amalan agama sendiri, kita alu-alukan pelbagai gelanggang untuk berpencak. Buka bunga dan langkah masing-masing. Tunjukkan kehebatan dan tajamkan senjata (sekiranya ada), bukannya bersilat secara solo dan berpencak secara sendirian.

Keluarlah hujah, bahas, debat, kajian, tesis atau apa sahaja untuk membuktikan kebenaran. Anda arif di bidang agama maka bersualah dengan pakar agama juga untuk cari titik penyelesaian.

Daif dan kabur.

Bukannya menyeret rakyat yang naïf, daif, jahil, kurang arif atau kabur tentang agama untuk mendengar hujah dan syarah anda. Tidak perlu juga buat onar, buat kecoh dan hinggar-bingar di luar ’kawasan larangan’. Jangan ludah ke atas nanti menitik ke muka sendiri. Dan kalau ludah ke bawah, jangan jilat kembali. Memalukan agama dan umat Islam sendiri.

Untuk Sisters in Islam dan Astora Jabat, kalau ingin menyertakan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis, jangan diambil sekerat-sekerat yang boleh disesuaikan ikut sesedap rasa. Kalau stand by prinsip, bertegaslah. Jangan sana ooo di sini aaa. Jangan sekejap betul, sekejap bedul!
Kalau ingin ijtihad, ijtihadlah. Saya kepingin benar melihat Sisters in Islam dan Astora Jabat keluar fatwa secara sendiri dan teguh dengan prinsipnya.

Kalau rasa bertudung itu haram dan buka aurat itu halal. Letakkanlah hukumnya. Isytiharkanlah! Nyatakan dalam syarahan anda ataupun melalui komentar mahupun tulisan anda.

Sila isytiharkan bahawa buka aurat itu bakal dapat ganjaran pahala daripada Allah Taala. Katakan bahawa tiada ayat berkaitan dengannya. Atau kalau ada, ia salah tafsiran. Terus terang sahaja. Juga terhadap lain-lain isu. Janganlah serupa lalang. Kalau dah semak dan tinggi sangat lalang ini, nanti ditebas dan diracun orang.

Tanya hati kecil

Pendekatan paling akhir, saya minta kalau tak keberatan tanyalah hati kecil masing-masing kerana hati kecil tidak pernah menipu dan hati kecillah yang akan memberi pendapat sejujur-jujurnya. Tanyalah bila hampir diulit lena. Betulkah apa yang dilakukan dan diyatakan? Masih belum terlambat sebelum nyawa tersedut dikerongkong.

Alhamdulillah saya telah pun bertanya hati kecil saya dan jawabnya ialah bongkarkanlah isi hati ini. Lega dada rasanya, muntah ini telah saya sembur-keluarkan.

Jangan usik saya, saya nak tidur! - um