Thursday, September 08, 2005

Wahabi

Petikan dari buku 40 Masalah Agama,
karangan Al-Fadhil Abuya K.H. Siradjuddin 'Abbas,
UlamaBesar Indonesia.

Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang Dibawa OlehMuhammad 'Abdul wahab.

1. Dalam mempelajari ilmu Ushuluddin (Tauhid) harusmenganut fahaman Ibnu Taimiyah.

2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab(Talfiq).

3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadith yang kuatsahaja tanpa 'Ijma Ulama dan Qias.

4. Melarang keras umat Islam mendo'a dengan Tawassul(Perantaraan).

5. Melarang berpergian menziarahi kubur, walaupunmaqam Nabi. (Adapun orang yang menunaikan Fardhu Hajiyang diizinkan ke Madinah pada Wahabi berkuasai ini,menurut Wahabi mereka datang ke Madinah menziarahiMasjid, bukan menziarahi maqam.)

6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan, kerana hal inisemuanya menjadikan orang musyrik. Gedung besar yangdibangunkan diatas tempat Nabi di Suq al Leil diruntuhi

7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabiseperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.

8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingatiMaulidin Nabi, Isra' Mikraj dan semua perayaan harikebesaran Islam yang lain.

9. Melarang mengaji "Sifat Dua-puluh", "KifayatulAwam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "HusunHamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.

10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum AHLUSSUNNAHWAL JAMA'AH dibuang jauh-jauh.

11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat","Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-mujiNabi s.a.w

12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanyadengan lagu Fuqara, Mesir dan lain-lain. Quran harusdibaca lurus saja, begitu juga Adzan tidak bolehberlagu.

13. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramaidilarang sama sekali.

14. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Sholat.

15. Amal-amal Tariqah, umpamanya Tariqah Naqsyabandi,Tariqah Qadiri, Tariqah Sazali. Tariqah Saman danlain-lain dilarang keras.

16. Wirid, berdo'a selepas Sholat berjema'ah dilarangkeras.

Dari segi Tauhid, mereka tidaklah satu dari 73 cabang yg sesat kerana cabang2 yg sesat itu telah dihuraikanoleh Ulama secara detail. Namun, mereka mirip kepadacabang2 seperti mazhab Mujassimah (dari Maqaatil ibnSulayman Al-Khuraaanee seorang Tabi'in) dan mazhab Karamiyah, mazhab Mu'tazilah.(dari 'Amr ibn Ubayd andWaasil ibn 'Ataa), sedikit kepada mazhab Khawarij.

Wallahu a'lam.

Pelaksanaan HUDUD

MUQADDIMAH

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalahsatu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawalkebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalahmanusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau , orangkafir pun menerimanya.Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satuanugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi duafaedah yg besar:

1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanamandari serangan binatang-binatang yg hendak memakannya.Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orangjahat yg mahu mengganggu keselamatan dan kebaikaninsaniah dan material yg mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama adasengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuklepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yg sudahdihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum diAkhirat.Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaanhudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahamanIslam.Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkindilakasanakan setelah segala anak benih kebaikanselesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalammasyarakat.Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelumbenih-benih tanaman ditanam. Dan lagilah tidak pernahberlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang.Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakatyg sudah baik-baik demi mengawal kebaikan drpdirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidakdimakan ajar.Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalammasyarkat yg majoriti belum baik, maka fungsinya ygsebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akanjadi 'bala' dalam masyarakat, yakni masyarakat akanhiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lainyg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampakbegitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayanglagi.Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapikalau sudah beribu-ribu lembu, pagar boleh robohdibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididikiman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akanbenar-benar memberhentikan maksiat.Cukuplah sekalitangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkanuntuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, makahasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalammasyarakat itu.
Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan sajatangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescayatidak membuatkan orang lain "bercuti" dari kejahatan.Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejekmengatakan Islam itu kejam, zalim dll.ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudianbarulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulubaru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangathendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usahamengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuranadalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilaidan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebihadil dari "hudud-hudud duniawa" yg dicipta olehmanusia.

Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkanhukumannya iaitu dipotong tangan. Manakala mengikutperaturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda.Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri keranasengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akandapat diubat penyakitnya itu hanya dgn penjara ataudenda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorongdia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya keranakehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuribenar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicurihartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitanyg setimpal. Yakni hilangkan atau 'curi' tangannya.Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri,walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebabpotong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambilatau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidakboleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itubukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hiduplagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, iabetul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahanseseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialahagar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dgnkesalahannya keatas orang lain. Jangan kita rasahukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu samatimbangannya dengan kekejaman yg dilakukan olehpesalah terhadap orang lain.

Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalamIslam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas danterperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak,dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencarihikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak bolehberubah-ubah lagi ialah:

1. Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tigawaktu berturut-turut tanpa uzur syar'i sesudahdinasihatkan.2.Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, lukadibalas luka.3.Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah.4.Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belumkahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudahkahwin.5.Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orangberzina tanpa bukti yg cukup6.Rotan 80 kali untuk peminum arak

Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkanhukumannya, cuma menyerahkan kpd bijaksana hakimuntuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dgnkesalahan, itu dinamakan hukum ta'zir. Yakni pesalahdiberi malu.Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantungkpd siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukuman ta'ziryg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar sertadiconteng mukanya.Atau dipamerkan, didenda, dikerahkerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalulalang umum ddl. Tujuannya supaya dia benar-benarrasa malu dan terhina sehingga dia serik untukmengulang kesalahan yg dilakukannya.Perlu diingatbahawa hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan ygdibuat. Jadi tak timbul istilah kejam dsbnya.Pesalahsendiri akan mengaku nanti:"Beginilah hebatnyakekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhiratlebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia."Sebenarnya 'hudud dunia' ini lebih kejam. Ada orangditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksudmenyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidikorang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjukajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham ygsikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru diadapat berfikir tentang perasaan dan keperluan oranglain.Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukandan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan inihanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakanbenar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dantidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan danmenginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkanlebih atau kurangnya sesuatu hukuman?Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kitasayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukumanbenar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susahkita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiadasangkut-paut dgn kita. Kalau begitu, janganlahterlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!.Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satuandaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah daribetulnya. Sebenarnya bangsa asing yg cerdik danrasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukumandrp orang Islam yg sudah rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukumbunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat didunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapatditerima, masakan hukum potong tangan dan rejamditolak?. Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai olehmasyarakat lebih besar darinya dari tangan ygdipotong itu. Bahkan saya yakin orang asing itu punsuka kalau pencuri dari bangsanya yg sudah tidak bolehdiubat lagi, dipotong saja tangannya supaya hartamereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakatterjamin.Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepatmengikut cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam,telah memberi kesan yg sungguh baik.Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah ygmenyerah diri, kesalahan yg sama tidak berlaku lagidalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan dankestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasaioleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dansempurnanya peraturan hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidakmelalui tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ianampak terlalu berat dan mustahil. Makan nasi punkalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnyaakan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap!Demikianlah dgn hukum hudud.Ia jadi rahmat kalaudilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi pelik kalaudiletak bukan pada masa dan tempatnya.

Sheikh Ashaari Muhammad
@ Fata of Tamim

Sunday, September 04, 2005

Trend mengurangkan Rasa Berdosa

TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA
Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun diperantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.

Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim?


Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop 'Arabising' Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.

Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya.

Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.

Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid.

Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yangdibunuh 'orang kahwin' malam itu.


RAKYAT KETAGIH HIBURAN
Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir.

Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.

Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!


Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang taklaku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.

APAKAH SEMUA INI?
Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki?

Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!

Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.

Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.

Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa.

Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut.
Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.

Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: Membuat sesuatu yang tujuannya adalah untuk sekadar mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih dibiarkan bergelumang dengan dosa, adalah DOSA YANG PALING BERDOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.

@ ABU SAIF
Cheras, Kuala Lumpur
17 Ogos 2005