Saturday, October 06, 2007

UMNO vs PAS = Sama je??

Atas dasar apa kenyataan ni dibuat?

Ada pemimpin PAS yg 'nama je berjuang islam kah?
Silap tempat la pemimpin tu join PAS.
Dia takkan dapat habuan tu kalo duk dlm PAS.

Atau kenyataan ni keluar sebab pemimpin2 UMNO pakat kata camtu, maka pengikut2 yg dicucuk idung pon kena pakat kata jugak lah?

Kalau benar ada segelintir pemimpin PAS yg curang, yg konon2 je berjuang islam. Apakah langkah paling baik rakyat meninggalkan Parti Islam Semalaysia terus ke UMNO yg terkenal hampir keseluruhan pemimpin mereka gila kuasa, harta dan nafsu sex?
Berbaloikah?

Nilai dari semua sudut. Ugama & Dunia.
Lihat dari mata burung bukan dari dlm tempurung.

Hingga kini aku blom dpt selami perasaan penyokong2 UMNO atas dasar apa mereka menyokong Parti Kebangsaan itu?
Mereka kecewakah? Atau merajukkah? Adakah ahli2 UMNO terdiri dari mereka2 yg kecewa dan merajuk?

Dari sudut Ugamanya.. Memang terkenal Orang UMNO tak ambil berat sgt tentang Ugama. Anak bini tak kisah nak solat or tutup aurat ke tak.

Dari sudut Dunia, Orang2 UMNO masih terlalu ramai yg merempat dan tinggal dirumah2 buruk serta setinggan.
Juga terlalu ramai yg sokong tunduk dan patuh pada UMNO ni masih meminta2 bantuan dan ehsan.

Adakah penyokong2 PAS semuanya hidup dalam kesusahan kerana tidak menyokong UMNO?

Yang main projek.. Org PAS or UMNO sama2 tenat bila jatuh dan sama2 senang bila naik.

APA BEZANYA?
Aku melihat.. hanya satu perbezaan yg perlu diberi perhatian ialah pada UGAMA kita..

Oleh kerana aku seorang ISLAM, dan aku yakin hanya dengan islam dunia akan aman.

So, dalam perjuangan UMNO, Islam bukanlah satu tajuk utama mereka.

Setakat ini, jemaah yg terlibat dgn politik hanya PAS, dan hanya PAS yg meletakkan perkara asas perjuangan ialah kerana ISLAM.

PILIHLAH ISLAM NESCAYA KAMU AKAN SELAMAT. <-- Percaya tak?

UMNO = SARKAS

rehat sekejap:


Setelah 3 orang bujang lapok yang buta huruf terdiri dari ,P.Ramlee, Aziz Satar dan S.Shamsuddin sampai di Kampong Pinang Sebatang mereka ternampak sekolah orang dewasa Sekolah Umum Buta Huruf.

Terjadi dialog antara mereka bertiga

P. Ramlee: He Jis, ape bace tulisan itu haa?

S.Shamsuddin: Alih mim nun wau, Alif tendang Wau= SARKAS

P.Ramlee: he ,ape tulis panjang-panjang ,bace pendek saje haa?

S.Shamsuddin: Yang panjang-panjang tu,bunganye saje.

Demikian antara dialog filem dilakunkan telah lebih 40 tahun lalu. Dialog dilakunkan pendekar bujang lapok secara spontan dan relax.

Kita semua akui bahawa P Ramlee memang genius membaca tingkah laku dan gelagat manusia masa itu dan masa akan datang. Kerana bakat dan anugerah Allah swt, P.Ramlee sudah meramalkan secara tidak sengaja bahawa pemimpin Umno itu ibarat badut- badut sarkas apabila berkuasa terlalu lama.

Justeru itu,Kerajaan BN yang diterajui oleh Alif Mim Nun Wau,UMNO menganugerahkan P.Ramlee bintang kedua tertinggi di Malaysia iaitu Tan Sri kerana berjasa mengatakan bahawa Alif Mim Nun Wau : SARKAS.

UMNO sememangnya SARKAS.