Saturday, October 06, 2007

UMNO = SARKAS

rehat sekejap:


Setelah 3 orang bujang lapok yang buta huruf terdiri dari ,P.Ramlee, Aziz Satar dan S.Shamsuddin sampai di Kampong Pinang Sebatang mereka ternampak sekolah orang dewasa Sekolah Umum Buta Huruf.

Terjadi dialog antara mereka bertiga

P. Ramlee: He Jis, ape bace tulisan itu haa?

S.Shamsuddin: Alih mim nun wau, Alif tendang Wau= SARKAS

P.Ramlee: he ,ape tulis panjang-panjang ,bace pendek saje haa?

S.Shamsuddin: Yang panjang-panjang tu,bunganye saje.

Demikian antara dialog filem dilakunkan telah lebih 40 tahun lalu. Dialog dilakunkan pendekar bujang lapok secara spontan dan relax.

Kita semua akui bahawa P Ramlee memang genius membaca tingkah laku dan gelagat manusia masa itu dan masa akan datang. Kerana bakat dan anugerah Allah swt, P.Ramlee sudah meramalkan secara tidak sengaja bahawa pemimpin Umno itu ibarat badut- badut sarkas apabila berkuasa terlalu lama.

Justeru itu,Kerajaan BN yang diterajui oleh Alif Mim Nun Wau,UMNO menganugerahkan P.Ramlee bintang kedua tertinggi di Malaysia iaitu Tan Sri kerana berjasa mengatakan bahawa Alif Mim Nun Wau : SARKAS.

UMNO sememangnya SARKAS.

No comments: