Monday, August 08, 2005

Kisah angin ahmar dan Penawarnya.

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman a.s. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah SWT di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman a.s merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah gerangannya lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya?

Lembaga itu menjawab, ia bernama ”Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya di antara lain-lain penyakit. Allah SWT mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di dalam tubuh manusia seperti darah mengalir ke dalam urat saraf. Tatkala Allah SWT hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ia mampu pergi kepadanya . Jika ia masuk ke dalam otak maka hilanglah akalnya. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

Mendengar pengkhabaran itu lalu Nabi Sulaiman a.s memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya. Kemudian lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah SAW.

Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulullah Saidina Hassan telah mengidapi penyakit rongga dan mengeluarkan darah. Apabila Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut lalu Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena penyakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya kepada malaikat Jibrail, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah SAW. Jibrail mengatakan bahawa Allah SWT mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah SAW pun membacanya kepada cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.

Rasulullah SAW telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya
mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri daripada serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

No comments: